23
JAN
2017

‘Pesan Abang’ pertama kali di Minggu Tekad Siswa Sesi Januari 2017.

Slot ‘Pesan Abang’ (Bicara Alumni), salah satu slot Minggu Tekad Siswa (MTS) UNISEL Sesi Januari 2017 yang menampilkan barisan panelnya yang merupakan mantan pimpinan mahasiswa UNISEL gabungan perbagai sektor kerjaya.

Saudara. Mohammad b. Aslam Mohamad, (Exco) Majlis Perwakilan Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL 2003/2004 yang kini usahawan berjaya sebagai Pengarah ASL Dev. Group (M) Sdn. Bhd. Beliau adalah graduan ISM Teknologi Maklumat UNISEL, manakala saudara Mohd Faris b. Hashim, Timbalan Presiden MPP UNISEL 2008/2009 yang kini berjawatan Regional Application Specialist (Food & Pharma) – Singapore, Malaysia, Indonesia TESTO SMI Sdn. Bhd. Beliau adalah graduan ISM Bioinformatik UNISEL. Ahli panel yang ketiga iaitu saudara Muhammad Syafiq b. Ramli, Exco MPP UNISEL 2008/2009 yang kini berjawatan Pensyarah/Penyelaras Kursus, Pusat Bahasa (Centre of Languages), UIA. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Alumni Universiti Selangor (PAUS). Beliau adalah graduan ISM Pendidikan (TESL) UNISEL.

Moderator bag slot ‘Pesan Abang’ adalah saudara Mohd Radzi b Abdullah, yang juga merupakan Biro Aktiviti bagi Minggu Tekad Siswa. Jawatan lain yang disandang oleh beliau kini adalah Presiden Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK), Bestari Jaya.

Antara intipati penting ialah kesemua panel sependapat bahawa kemahiran insaniah (soft skills) amat penting di alam kerjaya dan ianya perlu diasah semasa di universiti terutamanya, melalui penglibatan aktiviti/persatuan pelajar. Ini kerana berdasarkan persaingan yang kompetetif di alam pekerjaan, majikan bukan sahaja melihat keputusan akademik bahkan juga aspek ‘kelebihan’ atau ‘kelainan’ yang boleh ditawarkan oleh seseorang pekerja kepada majikan mereka. Kesemua panel juga berterima kasih kepada UNISEL kerana pengalaman kepimpinan dan berpersatuan semasa di UNISEL banyak mengajar mereka dari aspek kemahiran insaniah.

Majlis turut dihadiri En. Mohd Nor Hashim, Penolong Pendaftar Kanan (HEP) Shah Alam merangkap Timbalan Pengarah MTS Sesi Jan. 2017 yang turut merasmikan program; Cik Helwa Sansuri, Kaunselor (HEP) Shah Alam ysng juga Pengarah MTS (Shah Alam); En. Afif b. Khairi, Penolong Pegawai Tadbir, Alumni (HEP) dan Pn. Nur Farhana bt. Abd Wahid, Pensyarah UNISEL/AJK MTS yang juga merupakan alumni UNISEL dan pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agong MPP UNISEL 2008/2009.

Sekiranya terdapat sebarang berita atau cerita yang menarik yang mahu dikongsikan bersama alumni UNISEL, bolehlah emelkan ke uniselalumniconnect@unisel.edu.my untuk pihak kami melihat berita tersebut. Semoga dengan perkongsian itu nanti dapat memeriahkan lagi alumni UNISEL serta dapat menyebarkan kehebatan alumni UNISEL di mata masyarakat luar.

 

 

 

sumber: Hep Unisel Rasmi
Olahan: UNISEL Alumni Connect

Leave a Reply

*

captcha *