23
JAN
2016

Persatuan Alumni Doktor Pendidikan Mahu Bantu Pendidikan Negara

12695279_1140413279302281_258119709_o

Majlis Makan Malam serta forum bertajuk “Peranan Alumni Doktor Pendidikan (Ed.D) Dalam Pembangunan Pendidikan Negara” diadakan pada 22 Januari 2016 di Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur.

Program yang turut dihadiri seramai 30 alumni Ed.D bagi mendengar hujahan serta perbincangan berkenaan peranan mereka dalam pembangunan pendidikan negara.

Persatuan Alumni Doktor Pendidikan (Ed.D) Universiti Selangor (UNISEL) membincangkan hala tuju yang mampu dilaksanakan oleh mereka dalam membantu masa depan pendidikan negara dalam forum diadakan di Hotel Quality malam tadi.

Forum Peranan Alumni Ed.D UNISEL Dalam Pembangunan Pendidikan Negara itu mendapat sambutan lebih 20 alumni yang turut hadir. Alumni tersebut yang diwujudkan sejak 2007 kini sudah berjaya melahirkan 43 graduan.

Forum tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan peranan mereka dalam membantu meningkatkan mutu pendidikan negara. Malah turut dibincangkan usaha penyelidikan yang perlu diperbanyakan demi memberi faedah kepada para pelajar.

Dalam pada itu, forum tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Prof Shaharuddin Badaruddin serta Prof Mokhtar Abdullah.

Moderatornya pada forum tersebut adalah Dr Mohamad Rafie iaitu selaku Pengerusi Penganjur Majlis Makan Malam dan Forum. Ahli panel pula adalah:
Panel Pertama: Prof Dr Sulaiman Shamsuri (Pengasas Program Ed.D)
Panel Kedua: Prof Dato Dr Ab Rahim Selamat (Dekan Fakulti Pendidikan dan Bahasa Unisel)
Panel Ke-3: Prof Dr Shaharuddin Badaruddin (Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Unisel)
Panel ke-4: Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Bin Othman (Naib Canselor Unisel)

Leave a Reply

*

captcha *