Alumni Ed.D Association

Ucapan Presiden

P

ersatuan Alumni Doktor Pendidikan (Ed. D.) Universiti Selangor telah didaftarkan secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 31 Mei 2016 yang lalu. Matlamat persatuan ini ditubuhkan adalah untuk memartabatkan pendidikan dalam negara serta peka kepada permasalahan pendidikan untuk memastikan Malaysia kehadapan dalam pembangunan manusia seimbang. Kepakaran ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai bidang pendidikan di peringkat ijazah tertinggi Doktor Pendidikan akan cuba digembelengkan secara bersama dan kolektif untuk dimanafaatkan dalam pembinaan generasi berilmu cemerlang.

Persatuan juga berhasrat untuk mengembangkan program pembelajaran Doktor Pendidikan dengan membantu UNISEL menubuhkan Pusat Pembelajaran Wilayah serta memanafaatkan kaedah E-Learning untuk membolehkan ramai pendidik dan ahli-ahli masyarakat samada dari dalam atau luar negara memperdalami bidang pendidikan untuk menghasilkan lebih ramai graduan-graduan Doktor Pendidikan. Graduan-graduan Doktor Pendidikan ini akan menjadi pemangkin atau “catalyst” dalam masyarakat yang bakal menyemarakkan pembinaan ilmu yang seimbang dengan cemerlang.

Penerbitan Jurnal Pendidikan secara berkala akan memberi ruang bahan ilmiah diperluaskan di seluruh pelosok negara. Program Seminar Pendidikan dan “Public Talk” yang dirangka bakal membantu mengimarahkan perkembangan ilmu dalam masyarakat dan negara.

Dalam pembangunan tamadun, pendidikan adalah diantara keperluan paling asas yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Dasar pendidikan yang betul, teratur dan terancang akan melonjakkan dan mempercepatkan pembinaan sesuatu tamadun bangsa dan negara.

DR. MOHAMAD RAFIE ABD MALEK
Presiden
Persatuan Alumni Doktor Pendidikan (Ed.D)

  • Visi & Misi

    Akan digubal pada mesyuarat AJK yang akan datang.
  • Matlamat

    • Memperjuangkan kepentingan pendidikan dalam masyarakat dan negara.
    • Memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada Universiti Selangor atau mana-mana institusi pendidikan tinggi yang menjalankan program doktor pendidikan (Ed.D) dengan tahap pengisian pembelajaran cemerlang untuk menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.
    • Memberikan kerjasama kepada Universiti Selangor atau mana-mana institusi pendidikan tinggi untuk menjalankan program-program berbentuk ilmiah, penyelidikan dan sosial.
    • Memupuk semangat kesetiakawanan dan menjalin silaturahim dalam kalangan ahli-ahli.
    • Memperkembang dan mengimplementasikan budaya cintakan ilmu dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahli dan masyarakat.
    • Menjana dan memangkinkan pemikiran masyarakat agar menghayati kepentingan ilmu sebagai faktor asas pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  • Jawatankuasa Tertinggi

    PENGERUSI

    DR. MOHAMAD RAFIE BIN AB MALEK
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    Ahli Perniagaan/Pendidik

    TIMBALAN PENGERUSI

    PROF MADYA DR KAMAROLZAMAN BIN MOHD JIDI
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
    kamarol@uthm.edu.my

    SETIAUSAHA

    CR DR PARIDUL ADRAS BIN ISMAIL
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    Pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah
    pariduladras@yahoo,com

    TIMBALAN SETIAUSAHA

    DR ABDUL RAHIM BIN OTHMAN
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    Pensyarah Politeknik Seberang Perai
    rahim@psp.edu.my

    BENDAHARI

    EN ARBA’AIN BIN JAFFAR
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    Pensyarah UniKL
    arbaain@jadypm.edu.my

    AHLI JAWATANKUASA

    DR KHATIPAH BINTI A GHANI
    Alumni Fakulti Sosial Sains
    Pensyarah UNISEL

    AHLI JAWATANKUASA

    DR ABD LATIF BIN AHMAD
    Alumni Fakulti Sosial Sains
    Pensyarah Kolej Komuniti Sungai Petani
    aabdlatif@yahoo.com.sg

    PEMERIKSA KIRA-KIRA I

    DR SHARIFAH RAHIFA BINTI SYED MUSTAFA
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    Pensyarah Politeknik METrO Kuala Lumpur

    PEMERIKSA KIRA-KIRA II

    DR SURIANY BINTI MAT NOOR
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail