23
MAR
2016

    Perjumpaan Alumni (Staf UNISEL) Bersama TNC HEP

    Pada 14 Mac 2016 telah diadakan Majlis Ramah Mesra Naib Presiden / Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (Dulu dikenali sebagai Hal Ehwal Pelajar) bersama Alumni (Staf Universiti Selangor) dan Percambahan Fikiran Berkaitan Peranan Alumni di Dewan Pro Canselor, Kampus Shah Alam.

    Majlis tersebut dihadiri lebih kurang 50 orang alumni yang terdiri dari staf pentadbiran dan pensyarah dimana majlis dipengerusikan oleh TNC Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti. Majlis turut dihadiri oleh Penolong Pendaftar Kanan Pembangunan Pelajar Dan Jaringan Komuniti, En Mohd Nor bin Hashim.

    Moga-moga dengan pertemuan ini juga akan memperhebatkan lagi peranan alumni Unisel di masa akan datang.

    Leave a Reply

    *

    captcha *