Universiti Selangor Alumni Association (PAUS)

Ucapan Presiden

A

ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat illahi dengan limpah rahmat, kurnia dan izin­Nya, dapat saya sampaikan sepatah dua kata.

Kita baru sahaja menyaksikan kejayaan yang cemerlang oleh atlet-atlet Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio 2016 yang melabuhkan tirainya semalam. Setelah hampir 60 tahun menyertai sukan bertaraf dunia itu, Malaysia berada pada tahap pencapaian terbaik dimana terdapat peningkatan yang mendadak berbanding dengan penyertaan di sukan olimpik yang lalu. Ini membuktikan bahawa Malaysia memiliki semakin ramai atlet yang berkualiti yang mampu mencabar atlet-atlet bertaraf antarabangsa.

Begitu juga dengan UNISEL, setelah 15 tahun penubuhan, UNISEL juga telah melalui perubahan yang amat ketara. Satu demi satu kejayaan telah ditempa, dari bidang pendidikan, sehinggalah ke bidang sukan. Ini bukanlah satu kejayaan yang mudah, dan ini juga tidak berlaku dalam sekelip mata. Tanpa disiplin, kesungguhan dan keazaman yang tinggi, segala kejayaan sukar dicapai.

Tidak keterlaluan, jika saya menyatakan bahawa kini UNISEL sudah mampu untuk mencabar institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. Kita mempunyai kualiti dan gaya yang tersendiri. Saya mengharapkan seluruh alumni UNISEL agar dapat kembali mencurah bakti dan bersama-sama membantu memacu UNISEL ke arah kecemrerlangan

Di samping itu juga, saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana UNISEL memiliki seorang Naib Canselor iaitu Prof Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman, yang banyak membantu serta sentiasa memberi sokongan kepada alumni. Bagi saya, beliau ibarat sebuah permata yang sangat bernilai dan tidak terkira buat Alumni dan UNISEL. Saya amar berharap dan sentiasa berdoa agar beliau diberi kekuatan dan kesihatan yang baik agar dapat membantu Alumni dan UNISEL ke satu tahap yang amat membanggakan.

DR SHAHIRON SHAHIDAN
Presiden
Persatuan Alumni Universiti Selangor (PAUS)

  • Visi & Misi

    VISI

    Mengeratkan hubungan kerjasama oleh Alumni UNISEL secara holistik melalui sumbangan idea dan kepakaran serta pembangunan profesionalisme sejajar dengan tema “Leader of Transformation”.

    MISSION

    Untuk mengekalkan jalinan hubungan antara Alumni dan pihak pentadbiran UNISEL melalui konsep berteraskan “I LOVE UNISEL”.

  • Objektif

    • Membantu Universiti Selangor (UNISEL) dalam membudayakan semangat cintakan universiti kepada para pelajar Universiti Selangor (UNISEL).
    • Merancang dan mengadakan aktivti-aktiviti sukan dan rekreasi bagi alumni, ahli keluarga dan warga Universiti Selangor (UNISEL)
    • Bertanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai Projek Khas Alumni berdasarkan keperluan semasa dalam menyokong pembangunan pelajar UNISEL
  • Ahli Persatuan

    PRESIDEN

    DR SHAHIRON SHAHIDAN
    Alumni Fakulti Kejuruteraan
    Pensyarah Kanan Fakulti Kerja Awam dan Alam Sekitar
    shahiron@uthm.edu.my
    drshahironshahidan.weebly.com

    TIMBALAN PRESIDEN

    MUHAMMAD SYAFIQ RAMLI
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    Pensyarah Bahasa Inggeris, CELPAD IIUM
    syafiq@iium.edu.my

    NAIB PRESIDEN (KAMPUS BESTARI JAYA)

    WAN AZRAEI WAN HUSAIN
    Alumni Fakulti Perniagaan
    Managing Director, Ribhi Timur Resources
    wazraeihusain@gmail.com

    NAIB PRESIDEN (KAMPUS SHAH ALAM)

    MUHAMMAD AL HAFIZ BIN ABD RAHAMAN
    Alumni Fakulti Komunikasi dan Media
    Penolong Pendaftar, Pusat Latihan dan Aktiviti Pelajar, UNISEL
    alhafiz@unisel.edu.my

    SETIAUSAHA

    SITI NABILAH ABDUL MALIK
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    Certified Islamic Financial Planner
    nabilahamalik@gmail.com

    TIMBALAN SETIAUSAHA

    DR HAMDAN MOHD SALLEH
    Alumni Fakulti Sosial Sains
    Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum
    drhamdansalleh@gmail.com
    hamdansalleh.com

    BENDAHARI

    ABD HAZIM ABD RAOF
    Alumni Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan
    Juruteknologi Makmal Perubatan, Hospital KPJ
    hazimraof@gmail.com

    TIMBALAN BENDAHARI

    MOHAMAD HARIS B LATIFF MOHAMAD
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    mohamadharis.latifmohamad@gmail.com

    AHLI JAWATANKUASA

    MUHAMMAD IZZAT BIN YAHAYA
    Alumni Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
    izzatyahaya87@yahoo.com

    AHMAD SHAHIR BIN MOHD SAHRAN
    Alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
    Pensyarah, Kolej Antarabangsa Perniagaan & Pengurusan
    shahir.sahran@gmail.com

    MOHD AISHAMUDDIN BIN YAAKOB
    Alumni Fakulti Komputer Sains dan Teknologi Maklumat
    Pensyarah Kolej Komuniti Arau, Kementerian Pendidikan Malaysia
    aishamyb@gmail.com

    ERIK KIMATHI BUANTAI
    Alumni Fakulti Sains dan Bioteknologi
    Penolong Pendaftar, Pejabat Pemasaran, Kemasukan dan Alumni
    eric@unisel.edu.my

    HENKIE ISAHWAN BIN AHMAD MULYADI LAI
    Alumni Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan
    Penolong Pensyarah, Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan, UNISEL
    henkie@unisel.edu.my

  •