KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

 

skpg

Semua Institusi Pengajian Tinggi termasuk Universiti Selangor telah menjalankan Kajian Pengesanan Graduan secara dalam talian (on-line) sejak tahun 2006 atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini bertujuan mengukur tahap ‘employability‘ dan ‘marketability‘ graduan selain mendapatkan pandangan/persepsi graduan tentang keberkesanan dan kualiti program akademik dan sistem penyampaian di universiti.

Oleh itu, semua graduan dimestikan mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) IPT 2016 secara dalam talian (on-line). Sistem akan dibuka bermula 10 Oktober 2016 sehingga 7 November 2016. Graduan juga dikehendaki menyerahkan slip Kajian Pengesanan Graduan semasa sesi pengambilan jubah mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Unit Konvokesyen.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:-

 

Bil Nama Pegawai No.Tel Emel
1 En. Afif bin Khairi 03-5522
3417 / 011-1864 1708
afifkhairi@unisel.edu.my
2 Pn. Noor Haslina binti Musa 03-3280 5062 alin_hjmusa@unisel.edu.my

 

Maklumat yang jujur, ikhlas dan tepat amat dialu-alukan dan dihargai dalam memperbaiki sistem pendidikan di Universiti.

 

PENTING:

SILA PASTIKAN anda telah mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah. Sila bawa Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan (serta slip pembayaran) semasa pendaftaran dan pengambilan jubah konvokesyen.

 

GRADUAN YANG DIHORMATI,

DIMOHON SUPAYA MEMBACA TATACARA PENGISIAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN DAHULU SEBELUM MEMULAKAN MENJAWAB KAJIAN.

KERJASAMA GRADUAN AMATLAH DIHARGAI.

Langkah Pertama
Klik Di Sini
Untuk Tatacara Pengisian Kajian Pengesanan Graduan.

Langkah Kedua
Klik Di Sini Untuk ke mula menjawab Kajian Pengesanan Graduan 2016.

Langkah Ketiga
Mohon like facebook page Unisel Alumni Connect untuk mendapatkan info-info terkini alumni Universiti Selangor.

SEKIAN, TERIMA KASIH

convo dress code