01
AUG
2016

Alumni UNISEL dilantik sebagai Timbalan Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum

Sekalung tahniah diucapkan kepada salah seorang alumni Universiti Selangor, Dr. Hazeeq Hazwan bin Azman secara rasminya telah dilantik sebagai Timbalan Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum bermula 16 Julai 2016.

Beliau yang telah menyambung pengajian di UNISEL pada tahun 2006 dengan mengambil kursus Tahun Asasi Sains, dan pada tahun 2009 pula beliau masih meneruskan pengajian di UNISEL dengan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Industri Bioteknologi (Kep.).

Sekali lagi diucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut dan diharapkan Dr. Hazeeq berjaya dalam kerjaya yang diceburi sekaligus mengharumkan nama alumni UNISEL.

Sekiranya terdapat sebarang berita atau cerita yang menarik yang mahu dikongsikan bersama alumni UNISEL, bolehlah emelkan ke uniselalumniconnect@unisel.edu.my untuk pihak kami melihat berita tersebut. Semoga dengan perkongsian itu nanti dapat memeriahkan lagi alumni UNISEL serta dapat menyebarkan kehebatan alumni UNISEL di mata masyarakat luar.

Leave a Reply

*

captcha *